TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:
- Domain Kognitif
- Domain Afektif
- Domain Psikimotor
Domain Kognitif
- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.
Domain Afektif
- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.
- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.
- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).
Domain Psikomotor
- Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf.
- Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kesimpulan
- Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
- Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
- Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Konsep Taksonomi Bloom
- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
Aras Taksonomi Bloom
Menurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :-
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
Pengetahuan
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
- Contoh soalan :-
Pelancong Barat lebih suka …………….. di bawah matahari.
B. berjemur
C. berjemur
D. menjemur
Kefahaman
- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
- Contoh soalan :-
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :
A. Ke manakah Fahrin pergi?
B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
C. Siapakah yang pergi ke hospital?
D. Fahrin berada di hospital?
Aplikasi
- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu?
i. Sejuk iii. Mendung
ii. Berangin iv. Panas
A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja
Analisis
- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.
Sintesis
- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
Penilaian
- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
- Contoh soalan :-
Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
......................................................................................................................
......................................................................................................................
......................................................................................................................
......................................................................................................................
......................................................................................................................
......................................................................................................................
......................................................................................................................
......................................................................................................................
TAKSONOMI KRATHWOHL
- Diasaskan oleh David R. Krathwohl.
- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
Aras Taksonomi Krathwohl
Aras Taksonomi Krathwohl dibahagikan kepada lima iaitu:-
- Perwatakan
- Organisasi
- Penilaian
- Gerak balas
- Penerimaan
Penerimaan
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
- Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku
semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu
suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan
kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan
kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .
Gerak balas
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.






Post a Comment