Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu.
Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
- Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p.
- Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan
Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai.
- Dikenali juga sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
- Satu blue print ujian / test specification.
- Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran.
- Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan.
- Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian.
- Membantu penggubal membina item soalan.
- Ujian tidak dibina secara sembarangan.
- Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
- Panduan kepada penggubal soalan.
- Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.
- Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang.
- Ada tajuk yang hendak diuji.
- Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji.
- Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji.
- Merangka secara nyata bidang yang akan diuji.
JSU mengandungi maklumat tentang:-
· Bentuk dan panjangnya ujian
· Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
· JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan
kebolehpercayaan ujian itu.
· Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang
diberi dalam pengajaran.
· Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
· Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
· Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
· Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
Langkah Pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah Kedua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.
Jumlah Soalan |
Langkah Ketiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
- Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
- Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format).
Langkah Kelima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah).
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah Keenam
1. Menyatakan matapelajaran.
2. Tingkatan atau kelas.
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
DIMENSI DALAM JSU
Kandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi :
i – skop atau kedalamannya
ii – bilangan item untuk setiap tajuk
iii – wajaran
Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)
Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran
Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk. Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah. Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JSU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun.
i – skop atau kedalamannya
ii – bilangan item untuk setiap tajuk
iii – wajaran
Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)
Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran
Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk. Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah. Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JSU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun.



Post a Comment